profile
who is that girl?


::Diana.Wahid::
I walk and run through my feet. I speak and eat through my mouth. When my eyes close, I sleep. I listen to what people said through my ears. And I blog using my hands. See...I am just like u. Sorry if u find anything inappropriate here. I'm just blogging things that came across my mind.

tagboard
say it out loud


archives
gone with the wind

April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
once in a while

littlediy.blogspot.com

saya sayang sahabat saya kerana...
Sunday, November 15, 2009

"Tidak beriman seseorang itu selagi mana dia tidak mencintai sahabat-sahabatnya"

Cintakah anda pada sahabat anda?

-Saya bingung sebentar.

-Saya rasa saya cinta sahabat saya.

Tapi mampukah kamu memaafkan mereka?

-Kalau tak bisa memaafkan, maknanya saya masih belum beriman?

Dengan cinta, rasa marah yang membara bisa dihapuskan.

-Jadi, mulai hari ini, saya akan tanamkan rasa cinta pada sahabat saya.

-Saya akan cuba untuk memaafkan mereka.

Logiknya, kalau orang buat salah kat kita atau buat kita terasa hati,

Terkadang rasa amat susah untuk memaafkan dia.

Betulkan?

Cuba ambil masa, fikir sejenak, mesti kita pun ada buat silap dengan dia.

Mungkin silap yang lebih besar lagi.

Jadi?

Sayangilah sahabat anda kerana Allah

Ikhlas dalam persahatan

Nescaya akan mudah memaafkan

Kamu berkawan kerana Allah

Bukan kerana harta, kerana rupa ataupun kerana popuraliti si sahabat

Fikir-fikirkan...













(back to the top.)


katakan TIDAK!
Thursday, November 12, 2009
Assalamualaikum

Wujud ke dalam dunia ni orang yang hanya berkata YA dan tak tahu untuk mengatakan TIDAK?

Macam impossible je....whatever.

**
Okay, ada lagi 2 paper. 4 dah lepas. Being a 3rd yr student mmg berat eh. Patutlah senior cakap 3rd yr 'mana senang'. Rasanya dah tak sabar nak habiskan semester ni. Sebab apa? Final yr mesti lagi susahkan? Itu saya tak tau coz belum melalui detik tu lagi. Cuma, yang saya pasti, senior2 kata 4th yr relax sikit. Tak tension macam 3rd yr. Hmm...Life is a maze! Ingatkan 4th yr lg susah dr 3rd yr, tapi sebaliknya pulak.

**
Finally, good luck again utk paper akan datang. Semoga yang terbaik utk kita semua. Amin...






(back to the top.)


Perlu ke macam tu?
Wednesday, October 28, 2009
Assalamualaikum...

Sekadar mahu berkongsi satu cerita.

Petang semalam saya ngan kawan2 wat discussion kat musolla CF sister. Tengah kusyuk menyiapkan power point tu, tetiba masuk sorang manusia ni dalam surau tu dengan bertelekung (fahamla kot dia nak solat asar coz time tu nak kul 5 dah). Then, gi sekeliling surau tu amik segala kotak2 air, plastic makanan sambil marah2 (coz dia kata kat surau tak sepatutnya makan). Okey, itu saya boleh lagi terima sebab nak jaga kebersihan surau kan. Tapi pastu dia gi kat beg sorang sister ni (time ni sister takde kat situ), kat tepi beg sister tu ada botol air (ni bukan botol air mineral yang korang beli dr refrigerator tu, ni botol air cantik2 yang budak2 ni bawa gi kelas). Tau tak manusia yang bertelekung tu cakap apa? Dengan ada yang agak tak sedap didengar, dia tnya "ni sapa punya ni?" Pastu manusia tu pun amik botol air tu sekali ngan sampah2 yang dia kutip tadi sambil menuju ke pintu. Dia kata "sesapa cari botol ni nanti, cari kat tong sampah!"

Terkejut gak ar time tu coz tak expect dia akan wat gitu. Kalau setakat sampah2 plastik gula, air kotak, botol air mineral tu saya tak kisah la kot. Ini bekas air yang macam tu pun tak boleh ke nak bawa masuk surau? Setakat air kosong, kalau tumpah pun apelah sangat, kejap je boleh kering, semut pun tak datang. Kalau ye pun nak sangat jaga kebersihan, tak payahla sampai begitu sekali. Hilang respek orang kat manusia tu walaupun dia tu ada jawatan yang adak besar kat sini. Mana tau orang yang bawa bekas air tu baru balik dari kelas and nak solat asar and baca quran kat musolla. Dahaga tengah baca quran tu boleh gak dia minum air dari botol yang dia bawa tu. Dia nak beribadat tapi ada pulak 'orang' yang loss her sense of mind pegi buang botol sister tu.

So moral of the story, kalau ye pun anda perlu menjalankan tugas anda, tapi fikirlah mana baik, mana buruk. Tengok, dalam hal ni dah boleh menjejaskan reputasi and kredibiliti seorang manusia.





(back to the top.)


Rapuh
Wednesday, October 21, 2009
Hati tengah rapuh sekarang ni. Time-time ni rasa macam dalam kepala sesak sangat. Macam-macam yang difikirkan. First time heard this song, terus jatuh hati sebab lirik dia sangat bermakna dengan muzik dia yang best tu. So, i keep repeating this song for...how many times eh, entah xsure, yang pasti banyak kali dah.

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup ku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

* Minggu ni memang banyak sangat workload, sampai rasa nak give up je. Tapi kena kuat la kan walaupun sebenarnya saya tau, saya sangat lemah. Thanks kepada sahabat2 yang banyak bagi semangat sepanjang saya menuntut ilmu di sini, saya akui, banyak sungguh kekurangan saya, semoga Allah yang bisa membalas jasa kalian.


(back to the top.)


terima kasih
Monday, October 12, 2009
Yippie...alhamdulillah. KFC yang diidam-idamkan dah dapat.

Bukan KFC saje, malam tadi saya berbuka dengan:

1) Nasi goreng paprik
2) KFC burger+fries+cheezy wedges
3) Big apple (akan dihadam sebentar lagi)

Sebab apa saya makan banyak?
Sebab saya TENSION tp sekarang sudah OKAY

Tuzki_14

Tuzki_7

Thanks NISAH and JIHAH

Jasamu dikenang...In Love




(back to the top.)